Tuesday, September 13, 2011

Kursus Landskap dan Penyelenggaraan Pokok


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sekali lagi akan menganjurkan Kursus Landskap dan Penyelenggaraan Pokok di kampus hijaunya di Kepong pada bulan Mac 2012. Kursus yang ditawarkan kepada mereka yang berkecimpung di dalam bidang penyelenggaraan landskap ini juga terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyertainya.

Sasaran peserta di dalam kursus ini ialah mereka yang bergiat di dalam bidang landskap dan penyelenggaraan pokok atau taman yang boleh terdiri daripada kakitangan kerajaan dan juga swasta. Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja penjagaan tanaman amatlah digalakkan bagi menyertai kursus ini bagi menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan bekerja. Para ketua atau majikan sangat digalakkan untuk menghantar kakitangan mereka bukan sekadar untuk menambahkan pengetahuan bahkan sebagai motivasi bagi meningkatkan prestasi bekerja.


Selain daripada itu, kalangan suri rumah atau individu yang ingin mempelajari kaedah menjayakan landskap di halaman rumah kediaman ataupun mereka yang sedang mencari peluang perniagaan boleh turut menyertai kursus ini bagi melihat potensi yang terdapat di dalam industri landskap negara. Kepelbagaian topik yang disesuaikan dengan keperluan landskap semasa diketengahkan sepanjang kursus ini berlangsung.

Terdapat beberapa topik utama yang menekankan kepada Pengenalan ataupun asas kepada landskap yang mendedahkan para peserta makna dan kepentingan landskap di dalam pembangunan negara. Fungsi dan pengaruhnya terhadap kehidupan masyarakat. Selain daripada itu beberapa sesi asas rekabentuk landskap bakal mengasuh bakat untuk mengzahirkan sentuhan kreatif para peserta atau setidak-tidaknya menjadi panduan mudah dalam memulakan satu-satu pembangunan landskap samada berskala besar ataupun kecil. Topik- topik seperti pemilihan spesies melatih para peserta untuk lebih mengenali sebahagian spesies tumbuhan yang popular yang sering digunakan di dalam skim landskap di samping teknik pengecaman spesies tumbuhan.

Antara tajuk-tajuk lain yang turut diketengahkan termasuklah :

  • Teknik dan Amalan Penanaman Pokok
  • Pemangkasan Pokok - Penyelenggaraan khusus
  • Penyelenggaraan tanaman landskap
  • Pemindahan pokok
  • Pengurusan serangan penyakit tanaman




BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI KURSUS INI?

Mereka yang berminat boleh menghubungi Cawangan Perhutanan Bandar, FRIM dengan menggunakan talian :

03-6279-7000 atau
03- 6279-7244

Pegawai yang boleh dihubungi :
En. Ahmad Azaruddin (azarudin@frim.gov.my)
En. Samsol Bohari (samsol@frim.gov.my)


Kos kursus ini bernilai RM850.00 untuk setiap orang peserta. Kos yang ditawarkan termasuk Kit Kursus yang mengandungi nota-nota dan buku rujukan termasuk alat tulis. Kos ini juga merangkumi makan dan minum peserta sepanjang 5 hari berkursus (4 hidangan sehari) selain pengangkutan untuk melawat tapak-tapak semaian komersil di Sungai Buluh atau lain-lain lokasi berdekatan ataupun sesuai.

Kos tidak termasuk penginapan. Terdapat banyak hotel berdekatan kampus FRIM terutamanya di Kepong dan Selayang.

Ayuh hubungi sekarang! Tempat adalah terhad!






No comments:

Post a Comment